Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan Konsert Diraja UKM 2026 untuk pertama kalinya di Dewan Filharmonik PETRONAS dengan tujuan mengumpulkan dana untuk kegiatan akademik dan penyelidikan.
Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Sufian Jusoh menyatakan dana daripada jualan tiket akan digunakan untuk memastikan kelestarian pelaksanaan aktiviti universiti dan pembangunan modal insan.
Konsert ini juga merupakan langkah mempererat kerjasama antara UKM dan DFP serta meningkatkan kualiti persembahan seni di universiti dengan memberi peluang kepada pelajar tampil di dewan bertaraf dunia.



