Selepas mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas PDRM FC, skuad The Cats kini mengalihkan sepenuh tumpuan kepada cabaran lebih besar dalam saingan Piala Malaysia.
Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak menegaskan walaupun gembira dengan keputusan itu, pasukan masih mempunyai beberapa aspek yang perlu diperbaiki, khususnya dari segi penyudah.
Menurutnya, perancangan awal perlawanan menjadi apabila anak buahnya berjaya memulakan aksi dengan agresif dan mencipta peluang seawal dua minit pertama.



