Avaland Berhad meraikan majlis pemasangan struktur bumbung tertinggi bagi projek Amika Residences yang mencatat kemajuan pembinaan lebih awal daripada jadual dengan mencapai kadar jualan 100 peratus.
Pencapaian luar biasa ini mencerminkan keupayaan pelaksanaan projek yang kukuh oleh syarikat serta keyakinan tinggi pembeli terhadap pembangunan berstatus pegangan bebas yang terletak di kawasan strategik dengan rangkaian perhubungan yang baik.
Amika Residences menawarkan 468 unit pangsapuri servis yang dibina dalam dua menara dengan konsep kediaman moden dikelilingi persekitaran hijau dan tenang.


