Avaland Berhad terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran hartanah melalui pemasangan struktur bumbung tertinggi bagi projek Amika Residences, yang mencatat kemajuan pembinaan lebih awal daripada jadual dengan kadar jualan 100 peratus.
Pencapaian itu mencerminkan keupayaan pelaksanaan projek yang kukuh oleh syarikat serta keyakinan tinggi pembeli terhadap pembangunan berstatus pegangan bebas yang terletak di kawasan strategik dengan rangkaian perhubungan baik.
Amika Residences menawarkan 468 unit pangsapuri servis yang dibina dalam dua menara dengan konsep kediaman moden yang dikelilingi persekitaran hijau dan tenang.

