Pelakon pembantu veteran Amerika Syarikat E.J.
Carroll yang terkenal melalui siri televisyen The Deuce, Boardwalk Empire dan permainan video Grand Theft Auto V telah meninggal dunia pada usia 66 tahun.
Pengurusnya Jon Mason mengesahkan Carroll meninggal dunia secara mengejut pada pagi Khamis semasa dalam perjalanan ke sesi rakaman suara, namun tidak mendedahkan punca kematian.
Carroll paling dikenali menerusi watak Fat Mooney dalam musim pertama siri HBO The Deuce pada 2017 dan kembali menjayakan watak yang sama pada musim ketiga pada 2019.



