Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
ekonomi

Dasar Perumahan Negara 3.0 bakal dilancar pada 10 Ogos

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
28 Julai 2026, 06:36 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Dasar Perumahan Negara 3.0 yang akan menggantikan Dasar Perumahan Negara (2018–2025) akan dilancarkan pada 10 Ogos 2026 bagi memastikan pemilikan rumah lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menjelaskan bahawa dasar baharu itu akan menjadi asas kepada usaha kerajaan mencari penyelesaian terhadap isu projek sakit dan projek perumahan terbengkalai.

Melalui Dasar Perumahan Negara 3.0, kerajaan telah menetapkan sasaran ambisius untuk menghapuskan semua projek perumahan terbengkalai di negara ini menjelang tahun 2030 sebagai komitmen terhadap kesejahteraan rakyat.