Pengerusi REHDA Institute, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip menyarankan kerajaan menggunakan kerangka berasaskan data dalam melaksanakan reformasi sektor perumahan bagi mewujudkan pasaran yang lebih seimbang dan inklusif.
Beliau menekankan bahawa dasar perumahan tidak lagi boleh bergantung kepada maklumat berasingan yang dikumpulkan oleh pelbagai agensi, sebaliknya perlu dipandu oleh analisis data bersepadu.
Data perumahan yang tersedia melalui pelbagai sistem belum dimanfaatkan sepenuhnya dalam perancangan dasar disebabkan kekurangan penyelarasan.

