Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
ekonomi

Eco-Shop sumbang RM36,000 bantu mangsa kebakaran di Kota Bharu

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
9 Julai 2026, 11:38 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Petaling Jaya

Eco-Shop, pengendali rangkaian kedai runcit barangan rumah mampu milik terkemuka, menyumbangkan bantuan kecemasan bernilai lebih RM36,000 kepada keluarga yang terjejas akibat bencana kebakaran di Kampung Gok Kapur, Kota Bharu, Kelantan pada 8 Jun lalu.

Bantuan tersebut disalurkan untuk menyokong lebih 20 keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda apabila kediaman mereka musnah dijilat api.

Pengurus Besar Wilayah Pantai Timur Malaysia Eco-Shop berharap sumbangan dalam bentuk bantuan kewangan dan baucar tunai dapat menampung keperluan segera mangsa sambil mereka berusaha membina semula kehidupan.