Forum Ekonomi Manusiawi telah melancarkan Wacana Global Ekonomi Insan 2026, sebuah platform wacana ekonomi antarabangsa yang menekankan pendekatan pembangunan berteraskan nilai kemanusiaan dengan tema mengangkat kemanusiaan demi kemakmuran sejagat.
Platform ini bermula sebagai dialog maya ketika pandemik Covid-19 pada 2021 dan kini berkembang menjadi platform antarabangsa yang menghimpunkan ahli akademik, pembuat dasar, pemimpin perniagaan dan organisasi sivil dari pelbagai negara.
Pertumbuhan ekonomi tidak seharusnya diukur berdasarkan angka semata-mata, sebaliknya perlu dinilai melalui keupayaannya mengangkat maruah insan dan menjamin kesejahteraan generasi akan datang.

