Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
ekonomi

Harga emas diunjur turun sekitar RM450 segram tahun ini

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
13 Julai 2026, 07:07 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Petaling Jaya

Harga emas tempatan diunjurkan mengalami penurunan antara RM520 hingga RM450 segram sepanjang tahun ini sebelum dijangka melonjak pada tahun hadapan mengikut dinamik pasaran semasa.

Pengurus Besar Go Capital Growth Hong Kok Wah menjelaskan bahawa trend penurunan ini merupakan kitaran pasaran biasa kerana harga emas global juga diunjur berlegar antara AS$3,800 hingga AS$4,200 seauns menjelang hujung tahun ini.

Pergerakan harga dipengaruhi oleh tekanan pasaran minyak mentah global serta langkah Rizab Persekutuan Amerika yang dijangka menaikkan kadar faedah untuk mengekang inflasi.