Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
nasional

Kes eFishery: Empat fakta yang perlu anda tahu

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Astro Awani
19 Julai 2026, 06:30 PTG MYT
Aktif 12h 33min lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah diperdaya melalui penipuan terancang dan manipulasi laporan kewangan yang menyebabkan kira-kira RM200 juta disalurkan kepada eFishery, sebuah syarikat pemula teknologi akuakultur berpangkalan di Indonesia.

Menurut Anwar, keputusan pelaburan itu dibuat melalui proses penilaian dan tadbir urus yang ditetapkan berdasarkan maklumat yang tersedia ketika itu termasuk penyata kewangan yang disahkan oleh juruaudit antarabangsa.

Susulan pendedahan ini, timbul dakwaan yang cuba mengaitkan Anwar selaku Menteri Kewangan dengan kegagalan pelaburan berkenaan.