Sekitar 200,000 penghantar makanan di negara ini menghadapi dilema harian berupa pemotongan pendapatan akibat laporan kehilangan palsu yang dibuat segelintir pelanggan, meskipun prosedur operasi standard telah diikuti dengan baik.
Platform penghantar makanan lebih cenderung menghukum penghantar berbanding menyiasat laporan kehilangan dengan betul dan adil.
Situasi ini dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan makanan percuma sambil menganiaya penghantar makanan yang jujur.



