Smart Malaysia telah memperkenalkan smart #5 Brabus Laser Red Edition, iaitu varian warna baharu edisi terhad bagi kenderaan elektrik SUV berprestasi tinggi untuk memperkukuh penawaran dalam segmen kenderaan elektrik premium di Malaysia.
Kemasan 'Laser Red' yang eksklusif memberikan pilihan lebih kepada pengguna yang mengutamakan identiti dan penampilan tersendiri sambil mengekalkan prestasi dan ciri premium model smart #5 Brabus.
Pengenalan varian ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menawarkan pilihan yang lebih eksklusif serta merespons permintaan pasaran bagi kenderaan elektrik berkualiti tinggi.

