Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad berjaya membantu 75 usahawan memperoleh pensijilan halal serta menyalurkan geran berkaitan halal berjumlah RM7 juta kepada kira-kira 137 usahawan setakat tahun 2026.
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Samad Majid Zain berkata pihaknya akan terus memperkukuh ekosistem halal negara.
Inisiatif ini dilaksanakan menerusi Pelan Hala Tuju Halal Lima Tahun 2025 hingga 2029 untuk membantu sektor usahawan kecil dan sederhana mengembangkan bisnes halal mereka.



