Pengerusi REHDA Institute, Datuk Jeffrey Ng menyatakan bahawa amalan subsidi silang dalam pembangunan perumahan yang menggunakan keuntungan daripada jualan rumah pasaran terbuka perlu dikaji semula kerana dikhuatiri membebankan golongan berpendapatan sederhana.
Beliau menjelaskan bahawa pendekatan ini dilaksanakan menerusi pelbagai dasar perumahan sebelum ini dan perlu dinilai semula berikutan perubahan struktur demografi dan pendapatan.
Dasar sedia ada yang tidak selari dengan perubahan semasa turut menyumbang kepada ketidakpadanan antara bekalan dan permintaan rumah.

