Tanco Holdings Bhd.
telah menandatangani memorandum persefahaman dengan SPG Qingdao Port Group Co., Ltd.
untuk meneroka kerjasama strategik dalam pembangunan projek Smart AI Container Port di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Perjanjian ini dimeterai melalui anak syarikat Midports Holdings Sdn.
Bhd.
yang dimiliki 79 peratus oleh Tanco.
Kerjasama ini membolehkan kedua-dua pihak meneroka peluang penyertaan dan melakukan aktiviti pengumpulan dana secara bukan eksklusif bagi pembangunan pelabuhan berkenaan.

