Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) atas tindakan pantas menyita kontena yang disyaki membawa dagangan strategik untuk Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor semalam.
Tindakan ini membuktikan ketegasan Malaysia dalam memastikan negara tidak menjadi laluan dagangan yang menyokong kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
Langkah tersebut selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Kumpulan The Hague dan larangan berkuat kuasa sejak Disember 2023 terhadap kapal Israel di pelabuhan negara.


