Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada mesyuarat hari ini disokong oleh inflasi terkawal dan pertumbuhan ekonomi sederhana dengan permintaan domestik yang stabil.
Law Siong Hook berkata pasaran buruh terus stabil menjadikan tiada keperluan mendesak untuk mengubah pendirian dasar monetari.
Keputusan ini dipengaruhi oleh trajektori inflasi, momentum pertumbuhan ekonomi domestik, kestabilan nilai ringgit dan perkembangan ekonomi global khususnya hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat.

