Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah melancarkan aplikasi MyDIMS sebagai platform bersepadu untuk meningkatkan kesiapsiagaan awam dalam menghadapi bencana.
Aplikasi ini mengintegrasikan amaran dan data bencana daripada pelbagai agensi teknikal dalam satu sistem yang mudah diakses oleh semua pihak.
MyDIMS juga dilengkapi dengan pautan pantas ke talian kecemasan MERS 999 bagi mempercepatkan respons dan pemberian bantuan dalam situasi kritikal.


