Kerajaan sedang melaksanakan tujuh projek pembangunan dan menaik taraf pelbagai infrastruktur Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dengan peruntukan RM1.139 bilion.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd.
Nasir berkata, pelaksanaan projek bertujuan memperkukuh perkhidmatan hospital awam berkenaan selari hasrat menjadikan HSA sebagai hab rawatan rujukan utama di negeri tersebut.
Projek merangkumi pembangunan pusat rawatan harian, kompleks klinik pakar, peningkatan sistem elektrikal dan mekanikal, penggantian serta pemodenan lif, sistem gas perubatan, neurosurgical suite dan kemudahan makmal patologi.


